Pertukaran Kod Guru Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Puchong

Guardado en:
Detalles Bibliográficos
Publicado en:Akademika vol. 95, no. 2 (2025), p. 184-203
Autor principal: Mohd Rosszi, Nur Sabrina Aiman
Otros Autores: Shaid, Nor Azwahanum Nor
Publicado:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Materias:
Acceso en línea:Citation/Abstract
Full Text - PDF
Etiquetas: Agregar Etiqueta
Sin Etiquetas, Sea el primero en etiquetar este registro!
Descripción
Resumen:Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka jenispertukaran kod, fungsipertukaran kod dan kesan pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Reka bentukpenyelidikan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai empat orang guru Bahasa Melayu di sebuah SJKC di Puchong telah dipilih untuk menjadi peserta kajian menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Alat kajian yang digunakan ialah senar ai semak dan protokol temu bual. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian telah mengenal pasti ketiga-tiga jenis pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Jenis pertukaran kod yang paling kerap digunakan ialah pertukaran kod intersentensial manakala jenis pertukaran kod yang paling kurang digunakan ialah pertukaran kod tag. Dapatan kajian juga telah mengenal pasti keempat-empatfungsi utama pertukaran kod yang digunakan, laitu (i)fungsi asertif (ii)fungsi direktif, (iii)fungsi ekspresif dan (iv)fungsi komisif. 14 subfungsi pertukaran kod telah dikenal pasti dan tiga subfungsi pertukaran kod yang baharu juga berjaya dikenal pasti. Enam kesan pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu telah dikenal pasti dalam kajian ini, laitu meningkatkan kefahaman murid, meningkatkan minat murid untuk belajar, meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid, meningkatkan respons murid, merapatkan hubungan dengan murid dan meningkatkan tahap kebergantungan murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetengahkan pertukaran kod sebagai satu strategi dalam mengajar Bahasa Melayu dl Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). This study was conducted to explore the types of code-switching, the functions of code-switching and the effects of code-switching in teaching and learning of Malay Language teachers in Chinese Primary School. This study used qualitative approach with case study design. A total of four Malay Language teachers at a SJKC in Puchong were selected to be study participants using the intended sampling method. The research tools used were checklist and interview protocols. Research data were analyzed using thematic methods. The findings of the study have identified all three types of code-switching in the teaching and learning of Malay language teachers. The most frequently used type of code-switching is the Inters entential code-switching while the least used type of code exchange is the tag codeswitching. The findings of the study have also identified the four main functions of code-switching used, namely assertive functions, directive functions, expressive functions and commissive functions. 14 sub-functions of codeswitching have been identified and three new sub-functions of code-switching have also been successfully identified. Six effects of code-switching in the teaching and learning of Malay language teachers were identified in this study, which is improving students' comprehension, Increasing students' Interest in learning, increasing students' proficiency in Malay language, increasing students' responses, strengthening relationships with students and increasing students' dependency levels. Therefore, this study is expected to provide information to the parties Involved, especially the Ministry of Education Malaysia (MOE) and teachers to highlight code-switching as a strategy in teaching Malay Language in Chinese Primary School (SJKC).
ISSN:0126-5008
DOI:10.17576/akad-2025-9502-11
Fuente:Social Science Database